HULU TERENGGANU -Bimbang dengan kemungkinan laluan terputus akibat banjir, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong di sini mendapatkan bantuan pihak Bomba dan Penyelamat untuk membawa pulang sebilangan pelajarnya.
Seramai 14 orang pelajar di laluan yang dinaiki air dibawa keluar kira-kira pukul 11 pagi ini dengan sebuah lori agar mereka tidak terperangkap kerana laluan itu kini hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat.
Menurut pihak Bomba, sebahagian daripada mereka terus dihantar ke rumah manakala selebihnya di pusat pemindahan di Pengkalan Ajal. – UTUSAN
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW