KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar mengakui tidak tahu namanya disebut untuk mengisi jawatan Ketua Pemuda Umno pada sesi akan datang.
Beliau berkata, mungkin ada kesilapan apabila ada ahli sayap itu membayangkan namanya untuk mengisi jawatan tersebut.
“Tersilap kot. Ada ke nama saya. Pemilihan UMNO lama lagi. Kita akan menghadapi pilihan raya yang dijangkan akan diadakan tidak lama lagi, mungkin 2017, ataupun awal 2018. Jadi tumpuan kita akan menghadapi persediaan pilihan raya. Jadi tentang pemilihan parti ini kita tinggalkan dahulu.
“Khairy meninggalkan meletakkan aras (KPI) yang cukup tinggi. Bukan mudah orany yang akan menyambung tugas beliau kerana (KPI) beliau (Khairy) cukup tinggi. Jadi siapa yang memikul tanggungjawab selepas beliau harus bukan sahaja bersedia dalam dari segi idea-adea baharu tetapi harus mempunyai semangat dan iltizam yang cukup tinggi,”katanya ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU2016) di sini hari ini.
LAPORAN MENYUSUL.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW