loading...

Video : “Rope Swing, Kecut Perut…Tapi Best!”

KUALA LUMPUR – “Rope swing, kecut perut…tapi best!,”itulah ungkapan yang diluahkan setiap orang yang mencuba aktiviti ekstrem ini.

 

Aktiviti ‘rope swing’ di atas jambatan jalan Kuala Kubu Bharu-Fraser’s Hill merupakan sukan ekstrem pertama di Malaysia yang mencabar keberanian pengemar aktiviti lasak.

 

Pengarah Urusan Rentas Adventures, Mohd Shafiq Azmi, 29, berkata, biarpun aktiviti ini baharu sahaja diperkenalkan, namun sambutannya amat menggalakkan terutamanya daripada peminat sukan ekstrem.

 

“Sambutannya amat menggalakkan. Malah, sebelum ini kami turut membuka penyertaan kepada orang awam yang berminat untuk membuat terjunan secara percuma dan ternyata ia mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan sehingga kami terpaksa mengehadkan penyertaan,”katanya yang turut mengakui peminat sukan ekstrem tidak perlu lagi ke luar negara untuk melakukan aksi terjunan lasak itu.

 

Sementara itu, mengulas mengenai faktor keselamatan, Syafiq berkata, pihaknya telah mengambil masa beberapa minggu membuat penyelarasan keselamatan bagi aktiviti itu sebelum melepaskan peserta untuk melakukan terjunan.

 

“Biarpun ia aktiviti yang berisiko (daripada segi keselamatan) namun, ia selamat. Insuransnya kita ada dua tali untuk memastikan ia selamat. Jika diikutkan berat yang dapat ditampung oleh ‘cable’ ini adalah untuk 2 tan.

 

“Hanya satu tali sahaja (sebenarnya) kita dapat tampung seekor gajah. Dan untuk keselamatan (kepada penerjun), kita tampung dengan dua tali. Jika ada apa yang berlaku pada satu tali kita boleh gunakan satu tali lagi,”katanya.

 

Tambahnya, sebelum melakukan aktiviti tersebut, kesemua peserta akan diberi taklimat keselamatan terlebih dahulu bersama cara yang sebenar melakukan terjunan.

 

Dalam pada itu,  SuaraTV sempat menemubual beberapa orang yang membuat terjunan di sini kelmarin.

 

Malah, ada yang mengakui kelainannya berbanding Flying Fox dan menganggap Rope Swing sangat mencabar keberanian peserta.

 

Seorang wanita lasak yang ditemui berkata, dia amat teruja untuk membuat terjunan itu.

 

Mengakui pada awalnya sangat takut, namun nekad mencubanya.

 

“Sebelum ini saya tak pernah cuba. Ini baharu pertama kali. Saya rasa berdebar-debar dan kecut perut. Tapi, saya tak mahu lepaskan peluang untuk cuba sendiri ‘rope swing’ ini,”katanya.

 

Bagi peminat sukan ektrem yang ingin merasai sendiri aksi terjunan hebat ini, boleh menghubungi Rentas Adventures di talian  014 2650526 / 012 2793017 dan boleh melihat sebarang aktiviti di laman Facebook RENTAS dan foto menarik di laman instagram syarikat itu di @rentas_adventures. -SuaraTV

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...