KUALA LUMPUR – “Amat mendukacitakan apabila melihat Mahathir sebagao Pengerusi Yayasan Keamanan Sedunia mengambil keputusan untuk tidak menyokong perhimpunan itu sebaliknya memilih untuk menjayakan konvensyen DAP, sebuah parti yang tidak mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam tetapi negara sekular,” kata Sekretariat Ulama Umarak Malaysia dalam satu kenyataan.
Pihaknya kecewa dengan sikap Tun Dr. Mahathir Mohamad yang lebih rela bersama DAP daripada bersama-sama dalam Himpunan Solidariti Ummah UntukRohingya baru-baru ini.
“Himpunan yang diadakan Ahad lalu melihatkan kerjasama antara pemimpin UMNO dan Pas termasuk Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi bukan pemimpin pembangkang lain yang lebih gemar mempolitikkannya,”katanya.
Tambahnya, jika masyarakat dunia mendesak agar anugerah Pemenang Nobel, Aung San Suu Kyi ditarik balik kerana beliau kini merestui apa yang dilakukan oleh Junta Myanmar terhadap umat Islam Rohingya begitu juga Mahathir.
“Mahathir juga sepatutnya mengundurkan diri secara terhormat sebagai Pengerusi Yayasan Keamanan Sedunia kerana keceluparan mulutnya yang menggelarkan Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya sebagai demonstrasi jalanan,” katanya.
Mungkin atas faktor usia, katanya, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sudah tidak mampu lagi membezakan demonstrasi BERSIH 5 yang beliau hadiri baru-baru ini dengan perhimpunan kami yang diadakan dalam stadium tertutup, lengkap dengan permit polis dan memenuhi Akta Perhimpunan Aman.
“Mahathir sepatutnya memikirkan bagaimana Yayasan Keamanan Sedunia boleh menyumbang untuk meringankan beban saudara SeIslam kita di Rohingya.
“Mahathir sepatutnya memikirkan bagaimana untuk menghantar makanan, pakaian, selimut dan kanvas untuk khemah pelarian yang rumah mereka dibakar oleh Junta Myanmar.
“Mahathir sepatutnya menggunakan pengaruh beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun untuk memberikan tekanan antarabangsa kepada Myanmar.
“Jika itu semua tidak mampu untuk Mahathir lakukan, memadailah jika beliau dapat membuat kutipan sebanyak RM10 seorang dari ahli-ahli PPBM sebagai tanda solidariti kita terhadap umat Islam Rohingya.
“Jika itu pun tidak mampu Mahathir lakukan, memadailah Mahathir elakkan daripada mengutuk kami NGO-NGO Islam yang cuba melakukan sesuatu untuk menyelamatkan saudara seIslam kami di Rohingya,” kata kenyataan itu.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW