KUALA LUMPUR – Pemimpin pembangkang termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu mendakwa mereka tidak dijemput menghadiri Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya yang berlangsung di Stadium Titiwangsa pada Ahad lalu.
Mohamad Sabu berkata, Parti Amanah tidak menghalang ahlinya menyertai perhimpunan tersebut, tidak seperti parti lain yang menghalang ahli mereka menyertai perhimpunan Bersih 5 baru-baru ini.
Sementara itu, memetik laporan Mstar, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan Malaysia supaya memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar.
Tun Mahathir turut mendedahkan, beliau pernah menulis surat dan menghantar wakil bertemu dengan pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi ketika pemenang anugerah Nobel Keamanan itu ditahan oleh kerajaan junta.
“Saya bertemu dengan seorang jeneral Myanmar pada ketika itu dan membawa beliau ke sini (Malaysia) untuk menunjukkan bagaimana demokrasi berfungsi.
“Itu yang perlu dilakukan oleh kerajaan kerana pada peringkat itu, kita tidak perlu mengadakan tunjuk perasaan di jalanan,” katanya.
Tambahnya, tindakan beliau menyertai demonstrasi jalanan (kini) kerana tidak lagi berada dalam kerajaan.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW