loading...

Tangan Wanita Tersepit Hingga Paras Bahu, Dalam Mesin Pembuat sosej

 

 
KAJANG – Seorang wanita terpaksa menahan kesakitan selama kira-kira sejam selepas tangan kirinya tersepit di dalam mesin pembuat sosej sebelum diselamatkan anggota bomba dalam satu kejadian di kediamannya Jalan Koop Ceupacs 2F, Taman Cuepacs di sini hari ini.

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi itu, lengan wanita mangsa berusia 56 tahun tersepit sehingga paras bahu sebelum pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian tersebut.

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Faizad Amirul Abdul Razak berkata, sepasukan enam anggota bomba dari balai bomba dan penyelamat itu segera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.46 pagi hari ini.

 

“Pasukan penyelamat tiba di lokasi pada pukul 12.15 tengah hari dan mendapati tangan kiri wanita warga Taiwan itu telah tersepit di dalam mesin tersebut.

 

“Bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan lengan kiri mangsa dengan cara meleraikan mesin tersebut menggunakan peralatan khas,” katanya. – Kosmo



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...