KUALA LUMPUR – Sekumpulan rakyat Myanmar yang radikal didakwa menghina gambar Yang di-Pertuan Agong dalam satu himpunan tunjuk perasaan yang diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di negara terebut baru-baru ini.
Melalui gambar yang terima SuaraTV sebentar tadi, kumpulan tersebut dilihat mengantung seluar dalam dan selipar buruk bersama gambar Tuanku Abdul Halim Mu’
Tinjauan yang dilakukan di media sosial mendapati, rata-rata rakyat Malaysia mengecam tindakan tersebut sambil menyifatkan ia sebagai sebagai biadap dan kurang ajar.
Kerajaan Malaysia sebelum ini mengutuk perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan juta tentera Myanmar yang membunuh, membakar, merogol dan menindas rakyat minoriti Rohingya di wilayah Rakhine.
Malah pimpinan UMNO dan Pas turut dilihat sanggup mengetepikan perbezaan politik dan pandangan demi menyatakan sokongan terhadap Rohinya dengan menghadirkan diri dalam Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa pada Ahad.
Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta para pemimpin utama kedua-dua parti berkenaan duduk sepentas untuk sama-sama menyertai himpunan tersebut.
Himpunan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu telah berjaya menarik hampir 20,000 orang yang sanggup bersesak memenuhi segenap ruang di Stadium Titiwangsa termasuk masyarakat Islam Rohingya yang menetap di negara ini.
Malah, ribuan lagi peserta himpunan berkenaan juga sanggup menunggu di luar stadium untuk sama-sama menyertai himpunan tersebut bagi mengutuk kekejaman yang dilakukan Kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Islam Rohingya.
Timbalan Pejabat Presiden di Myanmar, U Zaw Htay sebelum ini turut mengingatkan Malaysia agar tidak campur tangan sesuai dengan dasar Asean.
Sebelum menyertai kerajaan, Htay ialah bekas tentera yang pernah berkhidmat di bawah junta tentera.
Pada 2012, beliau bersubabat dengan keganasan dan menyebar kebencian di kalangan Buddha agar terus membenci penganut Islam.
Bagaimanapun, Wisma Putra mempertahankan protes yang dirancang dan menekankan tragedi yang berlaku di Myanmar merupakan isu kemanusiaan serta menjadi isu keselamatan bagi Malaysia.
Penerima Nobel Keamanan Aung San Suu Kyi turut dipertikaikan kerana mendiam diri ke atas isu melibatkan perihal kemanusiaan dan hak asasi manusia yang terabai.
Kerajaan Myanmar kini menghadapi bantahan antarabangsa berikutan pembunuhan berleluasa dan kejam terhadap etnik Rohingya di negara itu.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW