KUALA LUMPUR – Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin didakwa akan meletakkan jawatannya di dalam kabinet sekiranya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak enggan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Pengendali laman Facebook ‘Mukhriz Mahathir FC’ melalui satu posting hari ini berkata, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan mengenai isu tersebut ketika menyampaikan ceramah di Sabak Bernam, malam tadi.
“Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir membongkar perjumpaan sulit di antara beliau dengan Khairy Jamaluddin pada tahun 2015 dulu.
“Dalam perbincangan tersebut, KJ akui beliau tak percaya penjelasan Najib mengenai 1MDB malah sanggup lepaskan jawatan Menteri KBS sekiranya Najib tak letak jawatan!!,” memetik kenyataan tersebut.
Terdahulu Khairy menyindir bekas Menteri Besar Kedah itu yang disifatkan ‘mengkhinati’ kesetiaan kepada Najib apabila dilantik menjadi timbalan menteri walaupun kalah dalam pemilihan Ketua Pemuda Umno.
Khairy mendakwa, dirinya telah ‘dipinggirkan’ walaupun berjaya memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno namun tetap memilih untuk istiqamah di bawah kepimpinan Najib.
“Ingat apabila penggal pertama waktu saya bangkitkan mcam-macam isu, saya tiada jawatan apa-apa. Saya ketua pemuda dan menang tapi saya disimpan dalam peti ais.
“Boboi yang kalah dengan saya dilantik menjadi timbalan menteri.. namun saya tak marah, saya tak kecewa, saya tak merajuk malah istiqamah dengan Presiden,” katanya ketika ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU2016), pada Sabtu. – SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW