WASHINGTON – Presiden Vladimir Putin menegaskan Russia tidak berhasrat mencari konflik dengan sesiapa.
“Tidak seperti sesetengah rakan asing lain yang melihat Russia sebagai musuh, kami tidak mahu dan tidak pernah mahu mencari musuh. Kami perlukan rakan.
“Namun, kami tidak akan membenarkan kepentingan kami dirosakkan,” katanya dalam ucapan tahunan di Parlimen, hari ini.
Beliau berkata, Russia sedia bekerjasama dengan pentadbiran baharu Amerika Syarikat untuk memerangi keganasan. Putin, sebelum ini berkata, beliau berharap dapat menjalin hubungan lebih baik dengan Amerika sebaik Donald Trump, mengambil alih kuasa. B
eliau juga memuji keberanian anggota tentera Russia memerangi kumpulan pemisah di Syria, dalam memberi sokongan kepada Presiden Bashar al-Assad. – AGENSI/BH
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW