loading...

Adi Putra, Isteri Kedua Ada Masalah?

Baru sahaja mengumumkan berita kehamilan hasil perkahwinan bersama isteri kedua tempoh hari, kini tersebar pula cerita mengatakan rumah tangga Adi Putra dan isteri keduanya, Norshahida sedang berantakan. Menerusi ruangan BiPop Berita Harian, perkahwinan mereka sedang bermasalah, bagaimanapun tiada kepastian mengenai punca keretakan rumah tangga mereka.

BACA: Adi Putra Berdebar Tunggu Isteri Kedua Bersalin

Pada masa yang sama, apa yang mengejutkan lagi adalah isteri Adi juga dikatakan telah keguguran ketika usia kandungannya mencecah lima minggu. Malah perkara ini masih dirahsiakan oleh pihak Adi walaupun keguguran yang dialami isterinya itu sudah berlaku berberapa bulan lalu.

Buat masa ini juga Adi masih berdiam diri mengenai kontroversi yang melanda dirinya. Mungkinkah keretakan rumah tangga mereka berlaku kerana keguguran yang menimpa isterinya. Apapun jika benar semua cerita yang tersebar ini, semoga Adi dan isteri tabah menghadapi ujian yang diberikan. Dan diharap rumah tangga yang baru saja dibina itu baik-baik sahaja.

Terdahulu, Adi ada memaklumkan bahawa isterinya telah disahkan hamil. Bagaimanapun ketika ditanya usia kandungan, Adi hanya menjawab mereka masih tidak sempat membuat pemeriksaaan kerana masih baru. Pada masa yang sama, beliau juga turut meluahkan rasa teruja untuk menimang cahaya mata pertama mereka selepas bernikah pada pertengahan Jun lalu. (rkty/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...