loading...

46 Mangsa Banjir Di Kemaman Dipindah Ke Tiga Pusat pemindahan

KEMAMAN – Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan 46 mangsa daripada 13 keluarga di Kemaman dipindahkan ke tiga pusat pemindahan banjir sejak malam tadi.

 

Pegawai Daerah Kemaman Rosman Roslan berkata berikutan itu, tiga pusat pemindahan dibuka iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Kemasik; Tadika Kampung Batu 9 Ibok; dan Balairaya Kampung Bukit Kuang.

 

Beliau berkata 46 mangsa iaitu masing-masing melibatkan enam keluarga berpindah ke SMK Badrul Alam Shah dan Tadika Batu 9 Ibok manakala Balairaya Bukit Kuang menempatkan sebuah keluarga.

 

“Pusat pemindahan dibuka sejak pukul 12.30 malam apabila rumah penduduk mula dinaiki air dan kita juga telah membuka Bilik Gerakan Banjir Daerah pada pukul 8.10 pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – BERNAMA



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...