KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Semporna, Datuk Shafie Apdal kesal dengan yang dibangkitkan bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah mengenai tanah negara telah dijual.
Beliau berkata, semasa beliau bertugas sebagai timbalan menteri pertahanan, pihaknya mempertahankan tanah itu dan pada hari ini dah pun dijual 60 peratus kepada pelabur China dan pelabur ini cuma perlu membayar pada tahun 2020.
“Saya kesal dengan apa yang dibangkitkan oleh Datuk Husni. Bayangkan lima hingga enam tahun dia beli barang baru bayar, kalau kita beli kereta tunggulah enam tahun baru perlu dibayar, ini satu perjanjian yang perlu desakan lanjut, mengapa demikian?” soalnya.
Bagaimanapun, beliau gembira bahawa Ahmad Husni telah membangkitkan isu-isu berkenaan di Dewan Rakyat.
“Kami banyak menyoalnya dalam kabinet. Saya masih ingat bahawa beberapa soalan saya tidak diberikan jawapan. Tetapi saya gembira beliau menimbulkan soalannya itu.
“Kami berharap ini akan membekalkan kami dengan penjelasan lanjut,” katanya.
Antara lain, Shafie berkata kerajaan mesti segera menjelaskan mengapa pembayaran tertunda dipersetujui bagi penjualan ekuiti dalam Bandar Malaysia.
“Apa (yang) dibangkit Ahmad Husni tentang hartanah kekayaan negara kita iaitu antara tanah cukup penting untuk Malaysia khusus di Sungai Besi, yang dekat di hati Angkatan Tentera.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW