loading...

Jabatan Kecemasan Dan Trauma HSA Ditutup Mulai Hari Ini

JOHOR BAHRU – Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang lazimnya sibuk, pagi Jumaat lengang dan sunyi, selepas operasi dan perkhidmatannya dihentikan sementara.

 

Jabatan tersebut merupakan sebahagian daripada bangunan induk HSA, yang diarahkan tutup sementara secara berperingkat mulai semalam.

 

“Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Aminah ditutup sehingga diberitahu. Sekiranya ada kecemasan, sila ke klinik atau hospital kerajaan yang berhampiran,” menurut satu notis yang ditampal di hadapan jabatan itu.

 

Wartawan Bernama yang membuat liputan di hospital itu mendapati suasana di perkarangan jabatan itu lengang dan sunyi.

 

Pada Khamis, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengumumkan bangunan induk HSA akan ditutup sementara secara berperingkat bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pemeriksaan keselamatan termasuk pendawaian, struktur dan hal berkaitan, yang dijangka mengambil tempoh antara dua dan empat minggu. – mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...