MADRID – Sebuah pesawat Monarch Airlines ke Birmingham, United Kingdom (UK) dari Tenerife, Sepanyol terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Kepulauan Canary dekat sini, kelmarin apabila seorang penumpang cuba membakar dirinya menggunakan pemetik api.
Mail Online melaporkan, lelaki berkenaan juga turut bertindak berani apabila ‘menyerang’ seorang pramugari pesawat penerbangan ZB933A tersebut sambil disaksikan penumpang lain yang ketakutan.
Akibat kejadian itu, penumpang yang kebanyakannya baru pulang bercuti terpaksa menunggu kira-kira tujuh jam di dalam pesawat berkenaan sementara polis berusaha menangani kes kecemasan berkenaan.
insiden itu berlaku tidak lama selepas pesawat tersebut berlepas dan terpaksa berpatah
Bagaimanapun, insiden itu tidak berkaitan dengan unsur keganasan.
Menurut seorang wanita, penumpang itu bertindak membakar tangannya dengan pemetik api kira-kira sejam selepas pesawat ZB933A berlepas.
“Pramugari meminta lelaki itu menyerahkan pemetik api. Bagaimanapun dia enggan malah cuba menyalakan pemetik api ke muka pramugari. Juruterbang kemudiannya memutuskan untuk berpatah balik ke lapangan terbang,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Monarch Airlines mengesahkan penumpang terbabit diperintah keluar daripada pesawat dan ditahan untuk membantu siasatan.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Bapa Lemas Cuba Selamatkan Anak Jatuh Dalam Sungai ...

Sar Cari Budak Autisme Hilang Di Baling Disambung ...

Kantoi Kongsi Tips Elak Cukai Gst Di Media Sosia ...

Polis Pahang Kenal Pasti Lebih 40 'lokasi Panas' K ...