SHAH ALAM – Selepas pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri najib Abd Razak, pihak SuaraTv mendapatkan reaksi daripada golongan pelajar mengenai perlaksaan Bajet ini.
Rata-rata daripada pelajar yang ditemui bersetuju dengan perlaksanaan bajet ini.
Menurut seorang pelajar IPTS, Mohd Akmal Cheremi, beeliau menyifatkan bahawa Bajet 2017 bukanlah bajet ‘gula-gula’ namun ia merupakan bajet yang membantu rakyat Malaysia khususnya para pelajar IPT.
“Bagi saya bajet 2017 merupakan bajet yang boleh dikatakan baik untuk rakyat Malaysia khususnya pelajar IPT dan tidak boleh kita katakan bajet 2017 sebagai bajet gula-gula kerana ia sebagai satu pertolongan kepada rakyat Malaysia kerana ia banyak membantu para pelajar.
“Ada bahagian yang saya setuju dan ada yang tidak saya setuju, tapi sebagai seorang pelajar banyak kelebihan yang diberikan, katanya ketiaka ditemui SuaraTV tadi.
Dalam pada itu, seorang lagi pelajar IPTA, Nukman Zharif Mohamad Zaim, beliau berkata Bajet 2017 ini nyata mampu membantu para pelajar menghadapi kehidupan sebagai seorang pelajar ketika menuntut di Universiti.
“Bajet 2017 ternyata dapat bantu rakyat Malaysia dalam meneruskan mereka khususnya peljar IPT kerana ia dapat dapat membantu kehidupan di alam universiti contohnya dengan pemberian kad debit siswa.
“Bagi saya bajet 2017 merupakan satu perkara yang baik, bukan semuanya baik tetapi hampir keseluruhannya merupakan satu perkara yang relevan yang dilakukan oleh Perdana Menteri,” ujarnya.
bagi Muhammad Uzair Bisyurah pula, Bajet 2017 ini mampu menyokong kehidupan sebagai seorang pelajar dengan bantuan-bantuan yang diberikan kepada para pelajar.
“Bajet 2017 ini dia bagus kerana back up kehidupan seorang pelajar dan bagi saya okay la bajet 2017 ini.
“Dan saya menyokonglah perlaksaan Bajet 2017 ini,” katanya.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW