KUALA LUMPUR – Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini membudayakan ‘Fitnah’ dalam berpolitik.
Menurut beliau dalam muatnaik penulisannya di blog miliknya, beliau berkata fitnah ini akan menjadi budaya politik PKR selepas ini.
“Watak ini semalam secara terang memfitnah saya mencederakan isteri saya. Dia bergaduh dengan selak kain dengan kawan-kawan Umno tak ada kena mengena dengan saya dan saya tak pernah repost dan sebagainya kerana ia bukan ‘standard’ saya.
“Sangat kesal kerana ia akan menjadi budaya dalam PKR selepas ini,” katanya dalam blog miliknya.
Dalam tulisannya lagi, beliau turut menasihati pimpinan tertinggi PKR, Wan
“Kepada Wan Azizah dan Nurul Izzah juga beberapa nama lain yang masih ikhlas berjuang saya ingatkan macai Mahathir sedang masuk dan merosakkan PKR, mereka dibayar oleh kartel Azmin untuk perlahan-lahan kamu dari rumah perjuangan itu.
“Simpati saya pada pejuang PKR yang berkorban lama tak dipedulikan, namun yang mewah membelasah terputus dedak diraikan.
“Itu urusan kamu dalam parti itu tetapi saya ingatkan yang say pernah duduk dalam ‘kelambu’ itu dan jangan seret bermain secara kasar.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Gempa Di Myanmar: Pasukan Smart Malaysia Sedia Dih ...

Gempa Bumi Myanmar: Gegaran Turut Dirasai Di Pulau ...

Rosyam Nor Puas Dicemuh Netizen, Mahu Tonjol Bakat ...

#hiburan: Data Minimum 5gb Percuma Buat Rakyat Mal ...