loading...

Khairuddin Umum Keluar PPBM, Berkuatkuasa Serta Merta

KUALA LUMPUR – “Saya dengan ini mengumumkan untuk keluar dari menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkuatkuasa serta merta,”kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam kenyataannya semalam.

 

Beliau berkata, tindakan tersebut berikutan untuk memberi tumpuan secara sepenuh masa untuk menghadapi semua kes-kes mahkamah yang sedang serta dan akan berlangsung secara berterusan selepas ini.

 

“Pada hakikatnya, saya perlu memberi fokus secara sepenuh masa bagi menghadapi beberapa perbicaraan penting untuk lawan segala bentuk kemungkaran korupsi najib tun razak dan salahlaku institusi-institusi kerajaan di tanahair kita.

 

“Dalam masa yang sama saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua para sahabat yang berada bersama parti Bersatu dan berharap mereka akan menggalas tanggungjawab secara beramanah dan sebaik mungkin bagi memperkasakan parti baru ini di pesada politik negara Malaysia,”kata kenyataan itu.

 

Dalam pada itu, beliau menasihati agar pimpinan dan ahli Bersatu tidak mewujudkan sikap berpuak-puak.

 

“Secara jujur dan ikhlas semua pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti Bersatu tidak boleh berpuak-puak dan jangan sama sekali menyerapi budaya serta amalan buruk UMNO ke dalam Bersatu!!

 

“Dalam apa jua keadaan saya secara jujur dan ikhlas menyeru keseluruhan ahli-ahli Bersatu untuk bersatu hati dan rakam sifat taat setia kepada Pengerusi, Presiden, Naib Presiden dan keseluruhan MPT protem demi untuk mengukuhkan kedudukan parti Bersatu!!,”jelasnya.

 

Tambahnya, menggunakan peribahasa ‘Bersatu kita teguh; bercerai kita roboh’

 

“Segala jemputan dan program-program ceramah di seluruh negara; insya-Allah saya bakal hadiri atas kapasiti peribadi dan bukan di atas platform ahli Bersatu lagi. Insya-Allah dengan izin Allah swt; saya akan tetap teruskan agenda perjuangan melawan Perdana Menteri yang paling korup dalam sejarah kepimpinan di negara kita yang tercinta ini!! Lawan tetap lawan!!

 

“Adakalanya di dalam perjuangan kita hanya perlu berbekalkan keikhlasan untuk berjuang!! Jawatan tidak penting langsung sekiranya kita ikhlas untuk berjuang!! Mulai saat dan detik ini; setiap ngorak langkah perjuangan saya adalah atas nama khairuddin bin abu hassan tanpa mewakili mana-mana parti politik buat sementara waktu.

 

“Tetapi saya akan tetap bersama Sekretariat Deklarasi Rakyat dan akan teruskan platform perjuangan bersejarah ini yang telah mencipta satu lakaran sejarah penyatuan rakyat dari setiap kaum, agama serta idelogi politik sebelum tertubuhnya parti Bersatu untuk UNDURKAN NAJIB!!” Sekretariat Deklarasi Rakyat ini cukup bermakna dan amat sentimental buat diri saya,”akhiri kenyataan itu.-SuaraTV

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...