KUALA LUMPUR – Satu muat naik video di laman Facebook kini menjadi viral apabila memaparkan satu situasi dimana seorang pelanggan naik berang setelah pekerja bangla didakwa menipu beliau berkenaan harga teh ais.
Dalam video yang berdurasi 3 minit 15 saat itu, pelanggan terbabit berang setelah mengetahui harga teh o ais yang dibeli berharga Rm3.50.
“Mana ada harga teh ais Rm3.50, ini bukan dok hotel.
“Saya nak tahu kenapa Rm3.50, itu harga you tulis, i nak resit,”katanya kepada pekerja tersebut.
Ekoran itu, pelanggan tersebut meminta resit dari pekerja tersebut lalu mengeluarkan resit dan tertera harga milo ais yang berharga Rm3.50 dan bukannya teh ais seperti yang diminta.
Hal ini bertambah tegang apabila pekerja tersebut menuduh beliau belum membuat pembayaran dan ini membuatkan pelanggan tersebut semakin berang.
“Aku penampar hang percuma sat lagi tau, nak belajar menipu sekarang.
“Sekarang i rakam ini video, then you cakap i tak bayar,” ujarnya.
Justeru itu, beliau mendakwa akan memastikan video yang dirakam akan sampai ke pihak KPDNKK agar tindakan boleh diambil.
“Saya akan pastikan video ini sampai di pihak KPDNKK, itu sahaja saya nak cakap,” katanya.
Muatnaik video tersebut di Facebook menarik perhatian netizaen dan rata-rata daripada mereka tidak berpuas hati dengan pekerja tersebut.
“Pijak jer, jangan dok bagi muka,” kata Wan Faizal.
“Dah terdesak macam-macam boleh jadi, jangan lagi ramai orang terjun jambatan dah la, ” ujar Petai Levin.
“Kat mana kedai ini? wau kasi pecah la ni,” kata Hamid Hamidun. -SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW