Sebelum ini Adi Putra mengejutkan orang ramai dengan berita perkahwinan kali kedua yang dilakukan secara rahsia bersama seorang wanita bernama Nor Shahida. Kini timbul pula kontroversi baru dimana isteri keduanya itu dikhabarkan sedang hamil anak pertama mereka.
BACA: Adi Putra Tak Kisah Babak Bersentuhan Kecuali Cium Dahi
“Khabarnya, Nor Shahida sedang hamil anak pertama bersama Adi selepas berkahwin dengan aktor itu pertengahan tahun lalu. Alhamdulillah, syukur kalau benar berita itu. Sebab selama ini pun sudah lama Adi mengidam untuk menimang cahaya mata sementelah sudah mempunyai seorang anak angkat dengan isteri pertamanya, Aida Yusof.
“Cuma jangan haraplah Adi nak mengaku tentang kebenaran kisah kehamilan itu memandangkan sebelum ini dia awal-awal sudah memberi amaran tidak mahu berkongsi cerita peribadi kepada umum,” katanya di ruangan Miss J di Utusan Online.
Tidak dinafikan plot pergolakan rumah tangga Adi sebelum ini memang menarik perhatian orang ramai apabila beliau dikatakan menjadi punca penceraian perkahwinan isteri keduanya yang sebelum ini telah berkahwin. Tidak habis dengan itu, timbul pula berita tangkapan isteri keduanya kerana didapati terlibat didalam sindiket penyeludupan warga asing sebelum ini.
Bagaimanapun, Adi yang turut terkesan dengan kritikan negatif yang dilemparkan oleh peminat dengan kontroversi yang melanda nekad untuk tidak lagi berkongsi mengenai perihal peribadinya kepada umum kerana menginginkan privasi. Walau apapun, jika benar berita kehamilan ini, tahniah diucapkan kepada Adi dan isteri. Semoga segala urusan dipermudahkan hendakNya. (rkty/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW