loading...

Jururawat Bunuh Lapan Penghuni Rumah Orang Tua

OTTAWA – Seorang jururawat di sini didakwa kelmarin kerana menggunakan dadah untuk membunuh lapan orang warga emas di sebuah pusat penjagaan penuh.

 

 

Elizabeth Wettlaufer, 49, dituduh membunuh lima orang wanita dan tiga lelaki di bandar Woodstock, Ontario dan London antara tahun 2007 hingga 2014. Mangsa berumur 75 tahun hingga 96 tahun.

 

 

“Kesemua mangsa diberikan dadah,” ujar Ketua Polis Woodstock, William Renton dengan menolak memberikan maklumat lanjut.

 

 

Wettlaufer hadir ke mahkamah untuk bacaan pertuduhan kelmarin dan telah ditahan di penjara.

 

 

Kes jenayah tersebut merupakan yang terbesar di Ontario sejak tahun 2006, apabila lima orang lelaki didakwa membunuh lapan orang geng motosikal. Kesemua tertuduh didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

 

 

Renton memberitahu, pihak berkuasa mula menyiasat kematian mangsa sejak September lalu selepas menerima maklumat daripada sumber.

 

 

“Kami yakin semua mangsa telah dikenal pasti,” ujar Renton.

 

 

Persatuan Pesara Kanada memberitahu terkejut dengan insiden tragis jenayah kejam tersebut. Pembunuhan besar-besaran adalah sesuatu yang jarang berlaku di Kanada.

 

 

“Jururawat dan pekerja hospital terlibat dalam jenayah adalah sesuatu yang jarang berlaku dan luar biasa,” ujar jurucakapnya, Anthony Quinn.

 

 

Sementara itu, jiran-jiran berkata, mereka mendapati Wettlaufer seorang wanita biasa yang hidup berseorangan bersama anjingnya.

 

 

“Kami sentiasa berbual dan ketawa bersama-sama. Dia kelihatan normal dan seorang yang baik,” kata jirannya Derek Gilbert. – Reuters

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...