Baru sahaja mendirikan rumah tangga, pasangan bahagia Saharul Ridzwan dan Deena Amir mungkin masih di peringkat berbulan madu. Namun menerusi ruangan Pok Lip, Saharul dikatakan bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya kini sedang hamil dengan usia kandungan sebulan selepas pasangan ini selamat bernikah pada awal September lalu.
BACA: Baru Kahwin, Berat Saharul Ridzwan Naik 20 Kilogram
“Dengar-dengar Saharul bakal bergelar bapa. Sebab cakap kawan Poklip dengan yakinnya, isteri pelakon tersebut, Deena Emir kini sedang hamil. Baru sebulan usia kandungan. Menurut sumber, buat masa ini, Saharul tidak mahu menghebohkan tentang berita kehamilan itu. Mungkin terlalu baru. Kalau sudah usia kandungan mencecah tiga empat bulan, baru boleh cerita”
“Patutlah bila Poklip tanya Saharul kalau-kalau ada berita gembira, Saharul hanya tergelak manja. Macam ada sesuatu yang ingin dikongsikan dengan rakan-rakan media, cuma belum tiba waktu yang sesuai. Tapi kalau namanya pelakon, cepat sahaja cerita tersebar. Punyalah beria merahsiakan, kadang-kadang terlepas juga,” katanya menerusi Utusan Online.
Bagaimanapun Saharul masih berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dakwaan mengatakan isterinya sedang hamil. Kalau diikutkan pasangan ini baru sahaja berkahwin, apa salahnya jika Deena sudah hamil bak kata orang bunting pelamin. Apapun jika benar perkara ini, tahniah diucapkan kepada pasangan romantis ini yang bakal bergelar ibu bapa.
Terdahulu, Saharul mengakui berat badannya semakin meningkat naik sehingga mencecah 90 kilogram sejak mendirikan rumah tangga. Memang terpancar kebahagiaan di wajah Saharul sejak mempunyai isteri yang boleh menjaga keperluan harian, rajin memasak serta menggembirakan hati setiap kali kepenatan pulang dari bekerja, memang untung Saharul menikahi Deena. (rkty/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW