Bukan sahaja berjaya meraih kutipan sehingga RM1.5 juta, malah filem terbaru arahan Mamat Khalid, Rock Bro yang mula ditayangkan sejak Khamis lalu turut menarik 100,000 penonton ke pawagam. Menurut pengarah filem terbabit, Rock Bro merupakan satu pencapaian berganda buat seluruh krew produksi yang terlibat didalam pembikinan filem terbarunya itu.
BACA: Mamat Khalid Kecewa Emma, Zizan Mungkir Janji
“Kejayaan awal Rock Bro dicapai apabila pihak pawagam meminta ianya ditayangkan lebih awal daripada tarikh asalnya, iaitu pada 27 Oktober lalu. Lebih menggembirakan apabila jumlah pawagam untuk tayangan filem ini ditambah, iaitu daripada 90 kepada 103 panggung. Sokongan sebegitu sudah cukup untuk membuat kami semua berbesar hati”
“Dari segi kutipan, ianya sudah tentu menjadi milik produser filem ini. Begitupun sebagai pengarah, jumlah penonton lebih mengujakan saya, apatah
Menyedari filem tempatan sering dikritik dan tidak mendapat sokongan ramai sebelum ini, Mamat berasa teruja dengan perkembangan jumlah penonton yang berkunjung ke pawagam yang semakin meningkat bagi menyaksikan filem terbarunya pada kali ini yang berjaya meraih kejayaan yang memberansangkan walaupun pada ketika pasaran filem merosot.
Filem yang telah ditayangkan secara rasmi pada Khamis lalu di semua pawagam adalah filem hasil usaha sama Grand Brilliance Sdn Bhd dengan Enjit Semut Sdn Bhd, menampilkan lakonan hebat Khir Rahman, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Amy Juliet dan Datuk Hattan. Filem itu juga menjadi pelengkap kepada filem Rock (2005) dan Rock Oo! (2013). (rkty/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Pertukaran Tarikh Perlawanan Akhir Piala Malaysia, ...

Zamri Vinoth Ditahan Polis! Catatan Facebook Berhu ...

Hidayah Jadi Hidayat, Wanita Kongsi Adik Ditipu Te ...

Rapid Kl On-demand Kini Boleh Bayar Guna Kad Debit ...