loading...

Sungai Tercemar : Ramai Cirit-Birit?

Akibat dikhuatiri minum air yang tercemar di sungai, jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik di beberapa daerah di Selangor dan Seremban dipercayai meningkat secara mendadak sejak dua minggu kebelakangan ini.

 

 

Oriental Daily melaporkan, di klinik-klinik swasta di kedua-dua kawasan itu mendapati, kebanyakan pesakit mengadu cirit-birit dan bilangan pesakit meningkat antara 30 hingga 50 peratus.

 

 

Beberapa orang doktor ketika ditemui berkata, berlakunya cirit-birit adalah berpunca daripada masalah memakan ataupun meminum air yang tercemar dan beracun.

 

 

Ketika ini, empat daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Sepang dan Kuala Langat menguatkuasakan catuan air akibat pencemaran air di Hulu Sungai Buah, Negeri Sembilan. Aliran Sungai Buah ini didakwa masuk ke Sungai Semenyih, Selangor, petik Sinar.

 

 

Menurut laporan akhbar ini, walaupun peningkatan penyakit cirit-birit ini masih belum disahkan akibat minum air sungai yang tercemar, namun doktor-doktor yang ditemu bual tidak menolak kemungkinan andaian tersebut.

 

 

Seorang doktor memberitahu, walaupun pihak berwajib belum temui bukti secara sah, namun ia kemungkinan berkaitan rapat dengan masalah kebersihan air minuman.

 

 

Difahamkan, antara pesakit yang terlibat, kebanyakannya adalah terdiri daripada golongan muda yang bekerja di pejabat. Ada yang mengalami dalam keadaan agak serius dan tidak kurang pula yang hanya cirit-birit biasa.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...