loading...

Isteri Tak Sedar Suami Meninggal Dalam Reban Ayam

KUANTAN  – Seorang warga emas ditemui mati di reban ayam yang terletak 15 meter dari rumahnya di Lepar Utara 3, Jerantut dekat sini, semalam.

 

Bisri Salimin, 57, yang didakwa hilang sejak lima hari lalu, ditemui selepas jirannya mengadu mengenai bau busuk dari belakang rumah mangsa, ketika mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) semalam, kata Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail.

 

“Penduduk kampung kemudian ke belakang rumah mangsa untuk memeriksa punca bau busuk itu dan menjumpai mangsa dalam keadaan separuh badannya berada dalam reban, lalu terus menghubungi polis.

 

“Laporan bedah siasat mengesahkan mangsa mati akibat serangan jantung dan tiada unsur jenayah. Jenazah mangsa juga telah dikenal pasti oleh anaknya,” katanya petik Bernama.

 

Azid berkata, kali terakhir mangsa yang bekerja sendiri itu dilihat masih hidup adalah pada Sabtu lalu, oleh seorang penduduk kampung yang berselisih dengan mangsa di jalan kampung tersebut.

 

Beliau berkata, siasatan awal terhadap isteri mangsa yang bekerja di sebuah sekolah di Jerantut juga mengesahkan mangsa menghidap pelbagai penyakit dan mengambil ubat.

 

“Isteri mangsa tidak membuat laporan polis mengenai kehilangan mangsa kerana menyangka suaminya ke rumah anak-anak atau ibunya yang menjadi perkara biasa dilakukannya.

 

“Beliau juga mengakui tidak menghidu apa-apa bau busuk dari belakang rumah atau pergi ke reban ayam itu kerana tugas menjaga ayam dilakukan suaminya,” katanya.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...