SHAH ALAM – Pembentangan Belanjawan Selangor 2017 oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang berlangsung tadi disifatkan hanya untuk mengejar populariti namun tidak menyelesaikan perkara tertunggak.
Menurut Adun Batang kali, Datuk Mad Nadzari Ahmad Dahlan, penerapan ‘Smart Bus’ contohnya hanya untuk mencari populariti kerana penggunaan logo beliau di bas tersebut.
“Saya rasa dia gagal menguruskan hal pengangkutan di Selangor ini.
“Semata-mata dia nak famous dia kembangkan ‘smart bus ini, kerana disitu ada logo dia, Dia nak orang tengok logo dia.,” katanya ketika ditemui media selepas pembentangan Belanjawan Selangor tadi.
Tmbah beliau lagi, Azmin disifatkan seorang yang ‘lambat’ kerana dia kena perlu di ketuk dahulu sebelum bertindak.
“Begitu juga dengan skim perumahan, itulah yang saya kata ketuk baru buat, lambat bertindak.
“Cakap banyak nak buat itu nak buat ini dalam bajet yang lepas tapi bertindak lambat,” ujarnya.
Menurut beliau, segala cadangan yang diutarakan oleh Azmin telah diketengahkan oleh kerajaan pusat dan beliau hanya meniru apa yang kerajaan pusat lakukan.
“Kita kerajaan pusat dah beria-ria cakap pasal benda ini, pasal sampah pasal lokasi di pangsapuri kita dah bercakap lama dah.
“Jadi saya tengok tak ada benda baru yang dia buat, dapat dia utarakan untuk menganggani rumah-rumah pangsa ini selain daripada meniru kerajaan pusat.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW