Bukan sahaja membariskan pelakon-pelakon mantap seperti Neelofa dan Fattah Amin, tetapi drama bersiri terbaru Suri Hati Mr Pilot mempunyai keunikan tersendiri sehingga mampu menarik beribu peminat. Manakan tidak, majlis tayangan perdana yang diadakan pada hari Isnin juga penuh diserbu peminat yang fanatik untuk bertemu pelakon kesayangan walaupun pada hari bekerja.
BACA: “Neelofa Dan Fattah Amin Memang Bercinta”
“Seriau Miss K tengok terlalu ramai orang di Majlis Tayangan Perdana drama Suri Hati Mr. Pilot di GSC Pavilion Kuala Lumpur hari baru-baru ini. Miss K puji effort tu, cuma yang peliknya tu datang beramai-ramai pada hari Isnin ni tak pergi kerja ke semua tu atau mereka ambil cuti semata-mata untuk beramah mesra dengan para pelakon kesayangan mereka”
“Kalau betullah mereka ambil cuti, Miss K respek sangatlah. Demi nak berjumpa pelakon kesayangan Suri Hati Mr Pilot, sanggup berkorban buang cuti untuk tatap wajah mereka. Penuh dan berasak-asak dibuatnya sampai ada yang menangis. Hebatkan penangan Suri Hati Mr Pilot ini, kalah drama K-Pop,” katanya menerusi ruangan Miss K di portal Astro Gempak.
Dalam masa yang sama, terdapat juga gosip mengatakan pelakon utama drama ini, Fattah dan Neelofa memang mempunyai hubungan istimewa di luar lokasi pengambaran. Selain sering memuat naik gambar mesra bersama, pengarah drama tersebut juga hairan melihat keserasian yang timbul diantara mereka. Mungkin juga ini antara sebab Suri Hati Mr Pilot semakin hangat.
Malah sebelum ini juga berlangsung sesi bertemu peminat yang telah diadakan di MPH Nu Sentral yang turut mendapat sambutan luar biasa termasuklah di Singapura baru-baru ini. Drama Suri Hati Mr Pilot yang bermula tayangan pada 10 Oktober lalu merupakan drama arahan pengarah hebat Micheal Ang, selain diambil sebagai adaptasi novel karya Dyla Dyna. (rkty/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW