loading...

Gerabak Tergelincir, Perkhidmatan Tren Utara Selatan Tergendala

KUALA LUMPUR – Semua penumpang perkhidmatan tren ETS laluan Kampar-Ipoh–Kampar akan dipindahkan menggunakan bas.

 

KTM Berhad dalam satu kenyataan di portal rasminya, hari ini, menjelaskan penumpang kemudian boleh meneruskan perjalanan menggunakan tren.

 

Pengurus Komunikasi Korporat, Siti Badariah Wan Hanafi, dalam kenyataan itu menjelaskan:

 

“Penumpang yang tidak ingin meneruskan perjalanan boleh mendapatkan pemulangan wang di kaunter tiket stesen-stesen berdekatan anda.

 

“Maklumat mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

“KTM Berhad memohon maaf di atas segala kesulitan. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-2267 1200 atau layari laman sesawang rasmi KTM Berhad di www.ktmb.com.my.”

 

KTM Berhad dalam kenyataannya memaklumkan terdapat kegelinciran jajaran tren kargo di KM200.332 antara Kota Bharu-Lahat, di Stesen Batu Gajah, Perak, 3.15 pagi hari ini.

 

Insiden ini membabitkan dua lokomotif dan 25 unit wagon simen (kosong) tergelincir dan menghalang kedua-dua landasan.

 

Tren kargo ini adalah dari Kuang, Selangor menuju ke Ipoh, Perak.

 

Kerja-kerja mengalih gerabak yang telah tergelincir sedang giat dijalankan.

 

Insiden berkenaan turut menyebabkan gangguan perkhidmatan trek sektor utara dan selatan. – HMetro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...