loading...

OPEC Lulus Strategi Kawal Pengeluaran, Naikkan Harga Minyak Dunia

Harga minyak naik lebih tinggi daripada paras terendah selama sebulan pada awal dagangan di Asia pada hari ini selepas OPEC bersetuju dalam menguruskan pengeluaran.

 

Bagimanapun, keuntungan terhad kerana pasaran yang terjejas oleh indikasi rekod pengeluaran OPEC.

 

Harga penanda aras minyak Amerika Syarikat (WTI) naik kepada AS$46.95 setong pada pukul 0008 GMT.

 

Pada awal Isnin harga minyak jatuh 4.0 peratus kepada AS$46.86 setong.

 

Kontrak hadapan bagi penghantaran Brent naik kepada AS$48.85 setong. Kontrak hadapan-bulan sebelumnya, yang tamat pada Isnin, jatuh hampir tiga peratus pada sesi sebelumnya.

 

Semalam OPEC meluluskan dokumen yang menggariskan strategi jangka panjang selepas ahli-ahli kartel mencapai kata sepakat menguruskan pengeluaran.

 

Bagaimanapun timbul an persoalan terhadap keupayaan ahki-ahli kartel untuk mengawal harga kerana ia bakal menjejaskan ekonomi negara-negara dengan ketara.

 

Wakil-wakil OPEC bermesyuarat pada hari Jumaat di Vienna lalu dan pertemuan dengan bukan OPEC pada Sabtu lalu.

 

Setakat ini, mereka tidak sampai kepada terma tertentu dan sumber-sumber memberitahu Iran enggan membekukan pengeluaran. – MalaysiaGazette



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...