loading...

Siapa Sebenarnya Yang Tersasar Perjuangan, Soal Najib Kepada Mahathir

KUALA LUMPUR  — Datuk Seri Najib Razak berkata seorang pemimpin lama sanggup menggunakan taktik menghasut dengan menuduh perjuangan parti yang diketuai Perdana Menteri kini sudah lari daripada perjuangan asal.

 

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata pemimpin lama itu menggunakan taktik sedemikian sebagai alasan untuk menarik orang ramai menyertai parti beliau selain memecahbelahkan orang Melayu.

 

Perdana menteri berkata sepanjang 40 tahun perkhidmatannya dalam kerajaan, beliau mempunyai perjuangan tersendiri iaitu untuk memajukan agama, bangsa dan negara.

 

“Namun, sejak akhir-akhir ini, ada seorang pemimpin lama mula menghasut rakyat, mengatur langkah dari dalam dan luar negara untuk menuduh saya dengan perkara-perkara yang sama beliau dituduh semasa beliau berkuasa.

 

“Memang benar perjuangan dulu dan sekarang berbeza. Dulu, beliau yang berumur 91 tahun ini memperjuangkan kemerdekaan. Sekarang saya memperjuangkan kemajuan negara,” katanya dalam catatan bertajuk ‘Ucapan Perdana Menteri Mengenai Perjuangan Politik’ di blog beliau  http://ift.tt/2e4mQ7R ini.

 

Catatan Najib itu jelas merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun tidak menamakan bekas perdana menteri itu.

 

Najib yang juga menteri kewangan turut mempersoalkan sama ada usaha meningkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyat tidak dianggap perjuangan seperti membina infrastruktur seperti MRT, BRT, LRT, Lebuhraya Pan Borneo, RAPID Pengerang, Kota Iskandar.

 

“Apakah penyediaan bantuan kerajaan seperti TERAJU, TEKUN, bantuan-bantuan 1Malaysia, PR1MA, e-Kasih, UTC, RTC untuk kemudahan rakyat bukan satu perjuangan?

 

“Apakah usaha memajukan sukan sehingga mencapai keputusan paling cemerlang dalam sejarah bukan satu perjuangan?” katanya.

 

Najib berkata banyak pihak mengetahui parti politik baru pemimpin lama itu sedang berjuang untuk menjatuhkan kerajaan hingga sanggup bersekongkol dengan parti cauvinis yang pemimpinnya sudah didakwa melakukan rasuah.

 

“Siapakah yang sebenarnya tersasar daripada perjuangan?” soal Najib sambil menegaskan beliau dan jemaah menteri akan terus komited dalam perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara.  Bernama



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...