loading...

Sekatan Visa Pelarian Seumur Hidup

SYDNEY – Australia semalam memutuskan untuk menyekat mana-mana pelarian dan pencari suaka yang tiba di negara itu secara haram daripada memohon visa sama ada atas alasan melancong ataupun urusan perniagaan.

 

 

Pengharaman sepanjang hayat itu akan dibentangkan di Parlimen pada sidang akan datang. Perdana Menteri Malcolm Turnbull berkata, tindakan itu perlu bagi menyatakan pendirian tegas kerajaan bahawa orang hanyut sama sekali tidak akan dibenarkan memasuki Australia.

 

 

“Ini adalah perang antara rakyat Australia yang diwakili oleh kerajaan dan kumpulan jenayah pemerdagangan manusia.

 

 

“Anda tidak boleh memandang rendah ancaman ini kerana ia merupakan jenayah paling teruk. Mereka (sindiket penyeludupan manusia) menjalankan urus niaga bernilai jutaan dolar,” kata Turnbull. Katanya, bermula semalam, semua orang hanyut yang tiba dengan menaiki bot dan tanpa visa tidak akan dibenarkan menetap di Australia sepanjang hayat mereka.

 

 

Pada masa ini, Canberra menghantar pencari suaka itu ke kem luar pesisir di Pulau Nauru­ dan Manus untuk diproses.

 

 

Mereka tetap tidak dibenarkan masuk ke Australia walaupun disahkan sebagai pelarian sebenar. Kalangan orang hanyut itu, kata Turnbull, boleh tinggal di Manus atau Nauru, kembali ke negara asal mereka ataupun menetap di negara ketiga.

 

 

Undang-undang baharu tersebut akan melibatkan pelarian dan pencari suaka yang dihantar ke Nauru atau Manus dari 19 Julai 2013 termasuk mereka yang telah dihantar pulang atau sesiapa sahaja yang tiba di Australia tanpa visa pada masa hadapan.

 

 

Namun, golongan kanak-kanak akan dikecualikan, manakala Menteri Imig­resen diberikan kuasa untuk membuat pengecualian tersebut.

 

 

Kem di Nauru hanya mampu menampung sehingga 400 pelarian. – AFP

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...