Kehadiran isteri di dalam kehidupan sememangnya mampu merubah segalanya termasuklah berat badan. Mengakui segala keperluannya selain turut bahagia bersama isterinya, Deena Emir, Saharul Ridzwan turut menjelaskan bahawa berat badannya turut naik sehingga 20 kilogram.
BACA: Saharul Ridzwan & Isteri Bakal Berbulan Madu Di Mekah
“Memang saat ini saya terlalu bahagia selepas berumahtangga. Semuanya terjaga dari segenap segi. Bangun pagi saja, makanan sudah tersedia di atas meja. Isteri pula memang akan bangun pagi dan menyediakan hidangan untuk kami”
Apabila pula dari lokasi, beliau yang setia menunggu di rumah sekali lagi menjamu suaminya ini. Hasilnya, lihatlah bentuk badan saya yang mula mengembang ini,” kongsinya bersama BH Plus.
Bagaimanapun, pelakon lelaki ini menyatakan bahawa dia kini sudah kembali ke gimnasium bagi mendapatkan kembali tubuh badan idaman selepas beratnya kini hampir mencecah 90 kilogram. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW