TIDAK boleh dinafikan, rakyat Malaysia mempunyai tahap kreativiti yang sangat tinggi. Pantang timbul saja isu yang trending, ia pasti akan dipergunakan sepenuhnya untuk menyerlahkan sisi kreatif itu.
Terbaharu, viral kisah Mat Cangkul yang cuba menyerang seorang petugas pembekal air di Johor turut menjadi inspirasi.
Buktinya, ia dijadikan permainan aplikasi di telefon pintar yang dinamakan Cangkul Warrior.
Kewujudan permainan itu mula disedari dua hari lepas dan netizen beramai-ramai memuat turun permainan
Cangkul Warrior memaparkan latar belakang seperti di sebuah kawasan perkampungan, dengan watak si hero mengejar ‘mangsanya’ menggunakan cangkul.
Tidak dapat dipastikan siapa yang membangunkan permainan ini, namun ia sudah mula boleh dimuat turun melalui Google Play.
Justeru, buat masa ini, hanya pengguna Android yang dapat berseronok dengan permainan ini.
Setakat ini, ia diberi rating 4.9 oleh pengguna. – Awani
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Whatsapp Bakal Perkenal Pilihan Untuk Kongsi Semul ...

Robotik & Ai Kini Jadi Laluan Kepakaran Dalam ...

Toyota Corolla 2025 Diperbaharui Di Jepun, Kini Fo ...

Pencinta Haiwan Disaran Adopsi Anjing Liar Jika Ta ...