Kisah Cik Ah atau nama sebenarnya, Siti Nor Sabirah Md. Ali, 24, menjadi viral di laman sosi­al selepas rakannya, Zaty Khan menulis cerita mengenainya sebelum dikongsi lebih 10,000 daripada akaun Facebook Siakap Keli dan Pen Hitam Dot Com.

 

Siti Nor Sabirah berkata, dia sama sekali tidak berniat me­numpang populariti peng­usaha ‘Nasi Lemak Anak Dara’ tetapi apabila kisah dia berniaga sarapan nasi berlauk dengan lebih 12 lauk sehari dikongsikan dalam laman sosial, jualannya melonjak laris.

 

“Sebenarnya, saya meniaga sejak 2013 lagi selepas mengambil alih daripada kakak sulung. Kakak pula mengambil alih perniagaan ini daripada mak pada 2006 selepas mak sakit disebabkan penyakit kencing manis.

 

“Kiranya sudah tiga tahun saya mengusahakan perniagaan ini sendiri selepas kakak sulung mengambil keputusan berpindah ke Jitra. Sebelum ini, saya cuma tolong kakak membersihkan bahan mentah dan menjual sahaja, namun kini semuanya