loading...

5 Sebab Amerika Selatan Adalah Destinasi Percutian Anda Selepas Ini

Pernahkah anda teringin untuk untuk menjejak kaki di bumi Amerika Selatan? Atau pernahkah anda mendengar tentang betapa indahnya bumi Amerika Selatan? Amerika Selatan merupakan salah satu negara yang mempunyai kepelbagaian budaya dan juga tempat untuk dilawati, namun untuk bercuti ke Amerika Selatan bukan lah perkara yang mudah.

Selain itu juga Amerika Selatan merupakan destinasi yang jauh dan memerlukan masa perjalanan yang panjang, kos yang terlibat untuk merealisasikan percutian idaman anda ini juga agak mahal. Anda teringin untuk bercuti ke sana? Jangan risau, kami ada cara untuk anda ke Amerika Selatan dengan percuma.

Bagaimana? Kamj akan bagitau kepada anda bagaimana, tetapi terlebih dahulu mari kita lihat 5 sebab anda perlu pilih Amerika Selatan sebagai destinasi percutian anda seterusnya.

1. Anda boleh alami dan rasai kepelbagaian budaya

south-america1

Dengan keluasan 2 kali ganda Australia, Amerika Selatan yang terdiri dari 13 negara memang tidak boleh lari dari kepelbagaian budaya, makanan, rakyat mahu pun cuaca setempat. Sebagai contoh Peru & Bolivia mungkin mempunyai sejarah awal yang hampir sama namun jika dilihat lebih dekat masing masing mempunyai ciri tersendiri dalam budaya.

Jadi jika anda ingin melihat kepelbagaian budaya dan tradisi masyarkat Amerika Selatan ini lah peluang anda. Bila lagi kita nak hargai kepelbagaian budaya dalam dunia ‘kan?

2. Gelaran ‘Paris Of South America’

buenos-aires-original-10795

Tahukah anda yang Buenos Aires, Argentina digelar sebagai Paris of South America? Ianya kerana bandar ini cukup moden dan cantik dengan pengaruh senibina Eropah. Selain itu Amerika Selatan turut mempunyai pelbagai lagi bandar menarik untuk dilawati seperti Rio de Janeiro, Sao Paulo dan juga Santiago di Chile yang semakin membangun sebagai kosmopolitan moden.

Jika anda ingin belajar cara hidup moden orang Amerika Selatan, ini lah peluang anda.

3. Juga pemandangan yang sangat, sangat memukau

itinerary-header

Teringin untuk menikmati keindahan alam semulajadi? Jika anda seorang yang menghargai keindahan semulajadi, Amerika Selatan merupakan salah satu negara yang penuh dengan keindahan semulajadi yang pasti akan buat anda terpukau.

Dari kota lama Machu Picchu sehinggalah ke Patagonia dan terus ke Iguazu Falls yang dikongsi oleh Argentina & Brazil, Amerika Selatan memang tidak akan mengecewakan anda. Pilihlah sahaja mana mana destinasi dan anda pasti akan pulang dengan pandangan baru terhadap dunia.

4. … dan yang paling penting, MAKANNN!

wpid-20150724_1953021

Jika anda adalah peminat setia juadah antarabangsa atau anda suka mencuba makanan negara lain, ini lah peluang anda. Apalah ertinya jika berjalan sejauh ini namun tidak mencuba makanan yang dimakan saban hari oleh penduduk di Amerika Selatan. Kepelbagaian makanan yang dibawa oleh 13 negara ini bukan sesuatu yang selalu kita jumpa.

Dari milanesa, empanadas, tacos, burritos dan macam-macam lagi, semua hidangan ini menanti bagi sesiapa yang suka mencuba makanan negara Amerika Selatan. Jangan risau kelaparan dan rindu Nasi Lemak kalau ke Amerika Selatan. HAHA!

5. Yang lagi BEST, boleh pergi PERCUMA!

screen-shot-2016-10-13-at-12-03-21-pm

Ini sebab paling menarik untuk anda. Hadirkan diri anda ke festival bertemakan segalanya Amerika Selatan, Fiesta De Divo yang akan dianjurkan oleh DIVO@Damansara North, pada 18 Disember 2016 ini yang akan mengambil tempat di Galeri Penjualan DIVO (The Zizz Sales Gallery).

Jika anda merupakan salah seorang pembeli unit Divo bermula hari ini sehinggalah 18 Disember 2016, anda berpeluang untuk menang RM60,000 pakej percutian ditanggung beres untuk dua orang ke Amerika Selatan selama 17 hari. Whoaa!

Mana tahu rezeki anda boleh jejak ke bumi Amerika Selatan dengan percuma pula selepas ini. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi Facebook Divo – The Zizz http://ift.tt/2e6BgEA atau sila hubungi 03-61512999/016-3331199



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...