ANKARA – TURKI. Lebih 10,000 kakitangan awam dipecat kerana disyaki menyokong ulama, Fethullah Gulen yang didakwa sebagai dalang cubaan rampasan kuasa, Julai lepas.
Laporan Reuters mengatakan jumlah tersebut termasuklah ahli akademik, guru dan pekerja perubatan.
Selain itu, 15 lagi syarikat media ditutup atas alasan sama.
Sehingga kini, 160 syarikat media telah ditutup selepas
darurat diisytiharkan di Turki.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Kerajaan Turki mengatakan tindakan memecat adalah ‘bersesuaian’ untuk mereka yang terlibat atau mempunyai kaitan dengan rampasan kuasa tersebut.
Dalam rampasan kuasa 15 Julai lepas, lebih 240 orang awam terbunuh selepas sekumpulan tentera kerajaan mengambil alih kuasa di Ankara dan Istanbul.-Sinar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Dana Mitra: Wanita Mengaku Tidak Bersalah 3 Pertud ...

Tak Sempat Sahur, Anggota Tentera Meninggal Dunia ...

Bagaimanakah Biodiversiti Dapat Menjana Ekonomi? ...

Carta Organisasi Kelas: Maksud & Contoh ...