Pelakon Ramona Zamzam yang membelai anjing menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya minggu lalu menjadi viral di media sosial.
Instagramnya yang dibanjiri dengan komen peminat ramai yang mengecam perbuatan pelakon itu.
Bagaimanapun, Ramona masih enggan memadam gambar dirinya membelai anjing tersebut di Instagram kerana menganggap perbuatan itu tidak salah.
“Saya sedar ada pengikut yang bergaduh sesama sendiri kerana hal itu dan menyuruh saya membuang gambar tersebut, tetapi saya tidak akan berbuat demikian dan pada saya tidak salah saya pegang anjing tersebut kerana kedua-duanya dalam keadaan kering, lagipun cuaca disana ketika itu sejuk dan kering,” katanya, petik sebuah portal.
Model yang berasal dari Ipoh, Perak itu meminta peminat agar tidak salah faham dengan tindakannya yang disifatkan tidak sensitif terhadap agama dan masyarakat tempatan.
Malah, suaminya turut terkejut dengan sikap segelintir masyarakat Malaysia seolah-olah terlalu bersikap anti dengan haiwan itu dan turut memberitahu, jika di luar negara termasuk di timur tengah, haiwan tersebut dilayan seperti kucing.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW