Hisham al-Halabi dalam satu kenyataannya kepada portal Al Arabiya berkata, pihak yang bertanggungjawab melancarkan misil itu jelas mempunyai kepakaran teknologi yang tinggi.

 

Beliau percaya, peluru berpandu ba­listik itu dilancarkan oleh pakar Iran atau kumpulan militia yang setia kepada bekas Presiden Yemen, Ali Abdullah Salleh.

 

“Kumpulan bertanggungjawab menggunakan peluru berpandu Scud jenis permukaan ke permukaan.

 

“Tentera Yemen memperoleh bekalan misil itu dari Rusia sebelum kumpulan militia Ali me­rampasnya,” kata Hisham.

 

Beliau berkata, senjata itu terbahagi kepada beberapa jenis iaitu A hingga D dengan jarak