KOTA KINABALU — Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Datuk Seri Lajim Ukin kesal dengan aktiviti ‘mencuri’ ahli parti dalam kalangan sesama parti pembangkang tempatan di Sabah.
Lajim berkata sikap mencuri seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana parti-parti berkenaan adalah sama-sama parti pembangkang tempatan Sabah.
“Tapi maklumlah, masing-masing (parti-parti pembangkang baharu) sekarang mencari orang (ahli). Kita pun kesal sedikit kerana kita ini sama-sama pembangkang tetapi ada juga yang mencuri ahli kita.
“Ini satu sikap yang saya rasa tidak perlu dilakukan oleh mana-mana parti,” katanya kepada pemberita ketika mengumumkan barisan kepimpinan tertinggi parti itu di sini hari ini.
Parti Harapan Rakyat diluluskan pendafatrannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 24 Okt lalu.
Menurut Lajim,
Lajim berkata parti berkenaan juga sedia bekerjasama dengan semua parti-parti pembangkang tempatan di Sabah selagi mereka sanggup menerima perjuangan partinya untuk menuntut pelbagai hak rakyat Sabah.
Ditanya mengapa perlu ada parti Harapan Sabah sedangkan matlamat perjuangannya lebih kurang sama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan), Lajim berkata “kita mempunyai strategi tersendiri. Tak perlulah saya ‘highlight’ strategi itu”.
Dengan kelulusan parti Harapan Rakyat, Sabah kini mempunyai dua buah parti pembangkang baharu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak. — Bernama
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Awak Boleh Judge Secara Luaran Tapi Yang Melalu ...

11 Tahun Tunggu, Kami Hampir Saman Kuil Sebelum Di ...

#tahukahanda: Apakah Kelebihan Miliki Gwm Haval H6 ...

Padah Buat Aksi Superman, Pekerja Katering Ditah ...