loading...

Hafiz Hamidun Hulur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran HSA

KUALA LUMPUR: Kesempatan menjayakan persembahan di Johor Bahru, Johor memberi ruang kepada penyanyi nasyid kontemporari, Hafiz Hamidun untuk melawat dan mendekati mangsa kebakaran Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di negeri itu sebagai tanda simpati.

 

Penyanyi Zikir Terapi itu difahamkan turut memberikan sumbangan peribadi RM10,000, namun ketika ditanya mengenainya, penyanyi kelahiran Teluk Intan, Perak itu enggan mengulas sebaliknya cuba mengalih perbualan kerana tidak mahu niat sucinya disalahertikan.

 

“Saya cuba membantu dengan memanjangkan maklumat yang diterima, selain mengumpul dana dan keperluan menerusi Yellow Packs yang diusahakan bersama beberapa teman.

 

Yellow Packs dicetuskan ketika kami membantu mangsa banjir di Pantai Timur sedikit masa lalu dan kini diteruskan di HSA.

 

“Selain bantuan kewangan, mangsa juga memerlukan bara

 

ngan seperti air mineral, tisu dan pelbagai keperluan lain,” katanya.

 

Hafiz berkata, mereka juga sentiasa berurusan dengan pihak berkaitan untuk mendapat maklumat lanjut dan tepat mengenai situasi semasa untuk memudahkan bantuan dihulurkan.

 

“Apa yang saya lakukan sekadar melaksanakan tanggungjawab sesama insan, selain memberi sokongan moral ketika berdepan dengan detik mencabar.

 

Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menggembleng usaha dalam melicinkan setiap urusan.

 

“Meskipun tidak semua dapat membantu, namun doa dan maklumat tepat yang dipanjangkan sudah memadai untuk memperlihatkan keprihatinan kepada mereka yang terjejas,” katanya.-Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...