LONDON – Sebuah dron di sini berjaya merakamkan gambar luar biasa mengenai kabus tebal yang menyelubungi permukaan air yang terletak di atas sebuah tebing batu.
Agensi melaporkan, Jurugambar, James Loveridge menerbangkan dron yang dilengkapi dengan kamera pada ketinggian 60 meter (m) di sebuah tebing yang terletak di West Bay, Dorset.
Satu klip video yang dimuat naik di internet menunjukkan seolah-olah terdapat hamparan permaidani berwarna putih yang bergerak jatuh ke sebuah laut.
Bagaimanapun, ketika
“Ketika saya berjalan di tepi laut, saya tidak dapat melihat apa-apa kerana kabus tebal. Saya kemudian melihat keadaan di atas tebing batu itu kerana ia kelihatan ganjil.
“Saya kemudian menerbangkan dron di atas tebing itu. Saya amat terkejut kerana kabus tebal itu mengalir jatuh seperti sebuah air terjun,” katanya.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Pak Mat Western Buat Laporan Polis, Nafi Tuduhan G ...

Kek Lapis Penganan Pilah ...

Pertama Kali Dibuka Untuk Umum, Rumah Kedai Lama G ...

Selepas Dibelasah Newcastle, Amorim Fokus Liga Eur ...