loading...

Tidak Salah Berunding Dengan Kerajaan Pusat – Hadi Awang

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tidak menjadi kesalahan untuk berunding dengan mana-mana pihak termasuk dengan kerajaan persekutuan berhubung perbentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355).

 

 

Beliau berkata, oleh kerana perkara tersebut (RUU 355) berkait dengan kepentingan bersama orang Islam, tidak menjadi kesalahan rundingan diadakan sama ada di peringkat politik, peringkat kerajaan dan pegawai.

 

 

“Sekiranya hal yang berkaitan seperti hal lebuh raya dan hal jambatan kedua Pulau Pinang boleh berunding (kerajaan) negeri dengan pusat, adakah salah kami berunding dengan kerajaan pusat?” katanya menjawab celahan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat di sini, semalam.

 

 

Chong sebelum itu mempersoalkan kemungkinan Abdul Hadi diperalatkan kerajaan pusat dalam membolehkan rang undang-undang persendirian itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

 

 

Pada 26 Mei lalu, Abdul Hadi membentangkan usul rang undang-undang berkenaan yang antara lain bagi meminda Seksyen 2 untuk menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

 

 

Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang turut melahirkan rasa dukacita apabila rang undang-undang itu mendapat maklum balas negatif termasuk daripada bukan Islam.

 

 

Jelasnya ia melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah berkaitan penganut Islam dan tiada kaitan dengan masyarakat bukan Islam.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...