loading...

Gara-Gara Snapchat, Perkahwinan Bertahan Hanya 2 Jam

Seorang pegantin lelaki di Arab Saudi menceraikan isterinya selepas dua jam berkahwin kerana wanita itu menghantar gambar majlis perkahwinan mereka kepada rakannya.

 

Akhbar Arab Saudi, Okaz melaporkan, biarpun sebelum ini pengantin perempuan telah berjanji tidak akan berkongsi gambar perkahwinan atau klip video dengan sesiapa tetapi wanita itu tidak berbuat demikian.

“Terdapat perjanjian sebelum berkahwin antara adik perempuan saya dengan tunangnya bahawa dia tidak akan menggunakan aplikasi media sosial seperti Snapchat, Instagram atau Twitter untuk menyiarkan atau menghantar gambar beliau,” kata abang pengantin perempuan itu.

 
“Ia termasuk dalam kontrak perkahwinan dan dipersetujui. Malangnya, adik perempuan saya melanggar ikrar tersebut dengan menggunakan Snapchat untuk berkongsi gambar majlis perkahwinan dengan rakan perempuannya yang menjurus kepada keputusan mengejut pengantin lelaki untuk membatalkan perkahwinan mereka dan bercerai,” katanya yang dipetik .
 

Sanak saudara kedua-dua keluarga berbelah bahagi terhadap keputusan tersebut. Ada yang berkata ia wajar dilakukan memandangkan pengantin perempuan gagal mematuhi perjanjian.
 

Bagaimannapun, ahli keluarga yang lain berkata, gambar yang diambil daripada telefon bimbit tidak boleh dianggap sebagai gambar majlis perkahwinan.
 

Pada Mei lalu, seorang pakar perundangan Arab Saudi memberi amaran terhadap kes penceraian yang meningkat dalam kalangan mereka yang baharu berkahwin, dengan mendedahkan perangkaannya kira-kira 50 peratus.
 

“Salah faham, perbezaan pandangan dan pendekatan mudah dalam perkahwinan tanpa penghargaan yang mendalam terhadap tanggungjawab yang datang bersamanya merupakan antara penyebab utama berlakunya penceraian dalam kalangan golongan muda.
 

“Perkahwinan menemui kegagalan apabila tidak wujud asas atau kepercayaan,” kata Ahmad Al Maabi.
 

Pakar itu menyatakan demikian ketika mengulas berita tentang pengantin perempuan warga Arab Saudi diceraikan selepas melangsungkan perkahwinan apabila beliau tidak menghiraukan pengantin lelaki dengan terus berkomunikasi dengan rakan-rakan beliau melalui telefon bimbit.
 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...