loading...

Video : SmartTAG Cap Ayam, Pandangan Pengguna

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA LUMPUR – Rata-rata pengguna menzahirkan rasa tidak puas hati apabila SmartTAG baharu yang dibekalkan Teras Teknologi Sdn Bhd dikategorikan sebagai SmartTAG ‘cap ayam’.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati ramai pengguna SmartTAG baharu mendakwa ia tidak dapat berfungsi seperti SmartTAG terdahulu yang dibekalkan selepas digunakan beberapa bulan.

 

 

Menurut seorang pekerja kereta terpakai, Hazreen Abu Bakar yang menjadikan SmartTAG tersebut sebagai cenderahati percuma, terpaksa berhadapan dengan rungutan pengguna.

 

“SmartTAG yang hitam tu tak elok. Tak tahulah ia (SmartTAG) tak boleh ‘detect’ (kesan). Saya ada lima yang rosak,”katanya.

 

Seorang lagi pengguna Smart TAG, Nazia Abdul Majid berkata, dia ada mendengar banyak rungutan daripada teman-temannya yang menggunakan SmartTAG baharu dan berhadapan dengan permasalahan tersebut.

 

“Saya dengar daripada kawan saya tapi saya masih guna SmarTAG yang lama dan tiada masalah. Saya akan cuba gunakan SmartTAG ini, selagi boleh digunakan,”katanya.

 

Sebelum ini, SmartTAG mula diperkenalkan pada 15 Mac 1999 apabila PLUS Expressways Berhad mengantikan sistem kutipan tol elektronik pandu terus PLUS TAG di lebih 20 buah plaza tol sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan kemudian diperluaskan ke 4 buah plaza tol Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah.

 

Pada bulan Disember 2003, kerajaan Malaysia telah mengarahkan semua pengendali lebuh raya bertol bertukar kepada kemudahan sistem pembayaran elektronik SmartTAG dan Touch ‘n Go bagi mengantikan semua sistem kutipan tol elektronik pandu terus yang lain bagi memudahkan para pengguna. Keputusan tersebut secara tidak langsung menjadikan Rangkaian Segar Sdn Bhd satu-satunya pengendali kutipan tol elektronik di Malaysia pada Julai 2004.-SuaraTV

 

Previous
Next Post »
loading...