Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim
PETALING JAYA- Bekas Ahli DAP merangkap Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao membuat satu laporan polis berikutan fitnah yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok minggu lalu.
Beliau berkata, Teresa bukan sahaja memfitnah beliau dan bekas ahli DAP, Tony Tan Chee Chon atas dakwaan dibayar oleh Umno malah perkara itu telah mencalar kredibilitinya.
“Teresa mendakwa Umno bayar saya dengan Tony Tan untuk mengganngunya. Apa kena mengena Umno dengan perkara ini. Ini ternyata satu fitnah terlampau yang boleh diambil tindakan di bawah seksyen 500.
“Dia ingat Umno ni tak ada kerja lain ke? Saya naik hairan kadang-kadang pembangkang ini, dakwa BN upah. Saya mencabar Teresa, jika ada bukti tunjukkan yang Umno bayar saya dalam masa 48 jam. Bila dia gagal buktikan saya buat laporan polis dan selepas ini saya akan berunding dengan beberapa peguam. Sebab perkara ini telah merosakkan nama saya,”katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya, tengahari tadi.
Tambahnya, tuduhan tersebut keterlaluan dan dan beliau seringkali dikaitkan dengan Umno.
“Sampai saya pergi UK (melancong) pun kata Umno bayar. Kenapa? Umno atau Datuk Seri Najib ni tak ada kerja lain ke? sampai nak bayar kita?. Kita ni bekas ahli DAP. Kita tahulah. Kita berjuang sebagai bekas ahli DAP. Apa yang kita tahu kekotoran dan kebobrokan parti DAP ini. Kita berjuang atas ‘platform’ sendiri,”ujarnya.
Selain itu, beliau turut mendakwa pembangkang kerap kali mengaitkan isu yang berlaku ke atas diri pimpinan mereka dan menuding jari kepada Umno.
“Anwar Ibrahim meliwat salah Umno, Anwar sondol pelacur cina salah Umno, Azmin Ali masuk tandas salah Umno. Cara mereka cakap ni macam mereka malaikat yang paling suci. Adakah diaorang rasa mereka (pembangkang) ni malaikat? bersih sangatkah mereka ni?,”katanya.-SuaraTV