Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim
KUALA LUMPUR – Kini pengunjung dapat menyaksikan pemandangan indah di Kuala Lumpur menerusi pandangan mata burung.
Pengalaman unik ini seolah-olah membuatkan pengunjung berada terawang-awang diudara walaupun pada pertama kalinya akan diselubungi perasaan gayat.
Menerusi tebing di atas Sky Deck di Menara Kuala Lumpur yang dinamakan Sky Box pada ketinggian 300 meter ini, ia bakal memberikan satu panorama Kuala Lumpur yang sangat menakjubkan kepada pengunjung.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan, sempena ulangtahun ke 20 Menara Kuala Lumpur, Sky Box merupakan struktur inovatif yang dilakukan pihaknya.
“Ia merupakan satu tarikan baharu yang bukan sahaja bagi pengunjung dalam negara. Kelebihannya kepada ketinggian. Di sini kita melihat bagaimana kita melihat ketinggian itu sebagai satu kelebihan dan daya penarik bagi pengunjung di dalam negara untuk berkunjung ke Menara Kuala Lumpur.
“Kalau kita lihat daripada segi penduduk Kuala Lumpur juga, mereka hanya melihat pemandangan menara yang hanya dapat dihargai tapi kita berikan satu penambahbaikan, dimana pengunjung dapat merasai pengalaman yang menarik untuk dialami,”katanya.
Ditanya daripada segi pembinaan, beliau berkata, arkitek yang terlibat dalam pembinaan nilai inovatif ini telah mengkaji struktur tersebut sekali gus menambahkan keyakinan kepada pengunjung dengan tahap keselamatan yang dijamin pihaknya.
“Dari segi perlaksanaannya juga, kita telah perketatkan, dimana 2 tan mampu berdiri di atas cermin ini, tapi kita dalam masa tertentu hanya membenarkan tidak
Dalam pada itu, pihaknya juga telah merancang akan menyediakan pakej eksklusif bagi pasangan (dua atau empat orang) untuk makan malam di dalam Sky Box.
“Ia merupakan pengalaman menarik untuk dialami oleh pasangan untuk melihat kelainan serta dapat meraikan pasangan mereka,”ujarnya.
Sementara itu, katanya pengunjung yang berpeluang berkunjung ke Sky Box tidak akan dikenakan caj tambahan.
Katanya, bayaran sekali masuk kepada pemegang MyKad RM75 dan tanpa MyKad RM105.
SuaraTV turut mengambil beberapa reaksi daripada pengunjung yang merasai pengalaman berada di Sky Box dan kebanyakan daripada pengunjung sangat teruja dan berpuas hati dengan pengalaman luar biasa itu.
Menurut Francisco yang merupakan pelancong daripada luar negara, sangat teruja dengan ketinggian dan suasana yang dirasai semasa berada di dalam Sky Box.
“Ia adalah merupakan pertama kali bagi saya dan ia adalah sangat hebat. Datang dan rasai kehebatannya!,”katanya.
Manakala, pengunjung daripada Brunei Darussalam, Harun Mohd Zain, turut melahirkan rasa puas hatinya apabila berpeluang merasai pengalaman berada di Sky Box.
“Saya akan beritahu rakan-rakan di rumah, untuk datang ke sini,”katanya.
Zuriah Mohamad pula berkata, dia turut mempunyai perasaan takut tetapi menyarankan pengunjung agar merasai pengalaman tersebut.
“Ada perasaan takut, tapi mesti mencuba dan ia merupakan pertama kali bagi saya. Saya sarankan orang ramai datang untuk mencuba bagaimana perasaan berdiri di sini, memang syoklah, Best!,” katanya.-SuaraTV

Mrsm Kepala Batas Dinamakan Mrsm Tun Abdullah Bada ...

Sharnaaz Ahmad Kongsi Sebab Bergaduh Dengan Shukri ...

Apabila Kepala Betul, Ekor Pun Betul- Tmj ...

Tema Hari Guru 2025: Guru Pemacu Reformasi Pendidi ...