loading...

Video: Jual Tudung Anzalna Untuk Bertudung

Oleh: Saiful Izzuwan Mohammad

 

DAMANSARA –  Pelakon jelita tanah air, Anzalna Nasir mendakwa penglibatan beliau dalam perniagaan penjualan tudung secara tidak langsung membawa beliau ke arah untuk bertudung.

 

Menurut beliau, rangkaian tudungnya yang diberi nama  Anzel Scarf ternyata menggalakkan beliau kearah untuk memakai tudung.

 

“Anzalna bemula dengan produk rambut dan sejak sekarang market tudung mesti boleh jual,Anzalna sendiri masih belum bertudung, tapi penjualan skarf ini membawa anzalna kearah untuk memakai tudung.

 

 

“In public anzalna tak bertudung tapi kadang tu kita akan cuba sebab macam pun memang wajib untuk pakai tudung cuma bila buat tudung ini menggalakkan Anzalna ke arah sana,” katanya ketika sidang media selepas pertunjukkan koleksi fesyen untuk musim perayaan bagi Anzel Scarf dan Abang Terlajak Laris.

 

 

Tambah beliau lagi, penjualan tudung ini secara tidak langsung memberinya pahala kerana membantu orang untuk bertudung.

 

 

“Lagi satu bila buat tudung ini kita akan dapat pahala sebab kita buat orang pakai tudung,” ujar beliau.

 

Anzel Scarf menampilkan dua rekaan iaitu plain dan bercorak dengan perincian kristal dengan sebanyak 75 rekaan dan buat masa ini Anzel Scarf mempunyai tujuh master stokis di Johor, Selangor Kuala Lumpur, Perak, dan Negeri Sembilan. -SuaraTV.

 

Previous
Next Post »
loading...