loading...

Najib, Putin Adakan Perbincangan Dua Hala

SOCHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Russia, Vladimir Putin, di luar Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Russia di sini.

 

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin membincangkan pelbagai perkara, khususnya membabitkan usaha sama meningkatkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

 

Turut sama dalam pertemuan itu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Duta Besar Malaysia ke Russia, Datuk Hayati Ismail dan pegawai kanan Kementerian Luar.

 

Pertemuan itu penting dalam usaha mengukuhkan lagi kerjasama selepas kedua-dua pihak menubuhkan Suruhanjaya Bersama Malaysia-Russia bagi Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Kebudayaan, tahun lalu.

 

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di sini petang semalam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Russia selama dua hari bermula semalam. – BH

Previous
Next Post »
loading...