loading...

Isu Skandal Seks, Wang Di Selangor Permulaan ‘Langkah Kajang 2.0’?

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dilihat sedang mengatur konspirasi untuk menggulingkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang didakwa melakukan skandal rasuah dan seks dalam pentadbiran kerajaan negeri.

 

Menerusi perbualan aplikasi Whatsapp yang tersebar di media sosial, Rafizi mendakwa sedang mengumpul bukti berdasarkan aduan yang diterima beliau berhubung skandal tersebut.

 

“Cakap-cakap mengenai wang, dan kini perempuan dan lain-lain, yang menyebabkan orang dalam dan luar bercakap mengenai ‘dedak’ (rasuah).

 

“Kalau saya dah mula lantang ke depan dan di luar, maksudnya saya ada bukti,” kata Rafizi dalam perbualan tersebut.

 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan turut meminta Kak Zu dipercayai merujuk kepada Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin untuk berhati-hati dan menyampaikan nasihatnya kepada pihak berkaitan.

 

“Kerana saya ada had sebelum saya buat expose (pendedahan) mengenai parti sendiri. Saya tidak takut mengenai kata-kata saudara/i, saya takut dosa.

 

“Saya bukan kisah sangat mengenai strategi politik dan lain-lain. Selama ini tidak pernah sekali pun saya pergi SUK (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri) sejak saudara Azmin jadi MB untuk minta atau bincang sesuatu.

 

“Politik ini dunia semuanya,” katanya lagi.

 

Kenyataan Rafizi berhubung dakwaan skandal kali ini dipertikaikan setelah kali terakhir beliau mengatur Langkah Kajang untuk mengusir Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar Selangor terbukti fitnah.

 

Rafizi bersama bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mengeluarkan dokumen yang menggambarkan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu seorang korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah laku dan tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.

 

Dokumen tersebut terbukti merupakan fitnah demi hasrat untuk menyingkirkan Khalid dan Saifuddin kemudiannya mengemukakan permohonan maaf kepada bekas Menteri Besar tersebut.

 

Permohonan maaf itu dilakukan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, M Gunalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Ogos 2015.

 

Akibat fitnah tersebut, Khalid hilang jawatan Menteri Besar yang disandangnya sejak 2008 selain dipecat dari PKR ekoran enggan menyerahkan jawatan yang disandangnya sebelum ini kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail. –mD

Previous
Next Post »
loading...