KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih mengenali hati budi Tun Dr Mahathir Mohamad berbanding individu lain, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamad.
Nur Jazlan yang juga timbalan menteri dalam negeri berkata, Anwar merupakan individu yang dapat memahami gerakan dan strategi yang diguna pakai Tun Mahathir memandangkan beliau merupakan individu yang pernah berkerja lama dengan tokoh politik itu.
“Saya rasa sebagai mangsa Dr Mahathir bertahun-tahun lalu, Anwar tahu apa yang dia lakukan.
“Anwar lebih mengetahui hati perut Mahathir,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, pada Selasa.
Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998 dan kemudiannya dipenjarakan dia atas tuduhan
Dakwaan dan tuduhan itu dikatakan hanyalah rekaan Dr Mahathir semata-mata bagi mengelakkan Ketua Umum PKR itu menjadi Perdana Menteri pada waktu berkenaan.
Beberapa hari lalu, Pemuda PKR Pulau Pinang mendedahkan surat Anwar yang dikirimkan melalui isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang meminta ahli partinya berhati-hati dengan helah kotor Dr Mahathir.
Surat itu kemudiannya disahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramili yang juga Ahli Parlimen Pandan sebagai tulen.
Surat peringatan itu dikeluarkan ekoran program Deklarasi Rakyat yang dpimpin Mahathir bersama pakatan pembangkang dengan tujuan bagi menjatuhkan kepimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ekonomi Negara Berisiko Terjejas Jika Sarawak Ambi ...

Cleansing Oil Buat Kulit Bersih Dan Cantik Berser ...

Dikatakan Ada Kaitan Dengan Isu Kim Saeron, Pihak ...

Peniaga Kosmetik Didakwa Edar Dadah Lebih 1 Kilogr ...