loading...

Anak IGP Tidak Terima Kontrak Kerajaan

KUALA LUMPUR – Dakwaan syarikat yang dimiliki oleh anak perempuan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abdu Bakar diberikan kontrak senjata api daripada kerajaan tidak benar kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

 

“Syarikat Nilai Arms and Ammunitions tidak pernah mendapat apa-apa kontrak untuk membekalkan senjata api kepada mana-mana agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Dalam Negeri,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Parlimen.

 

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan ahli Parlimen DAP-Seremban, Loke Siew Foke sama

ada kerajaan telah memberikan kontrak senjata kepada syarikat berkenaan.

 

Anak perempuan kedua Khalid, Juwiza, dan adik iparnya, Mohd Isa Hussin sebelum ini dilaporkan telah mendapatkan kontrak daripada kerajaan untuk membekalkan senjata.

 

Khalid kemudiannya menafikan perkara itu dan menegaskan bahawa syarikat senjata api milik anak perempuannya itu memperoleh lesen perniagaann sebelum beliau menerajui pasukan polis.

 

Khalid juga berkata, beliau telah melarang anaknya daripada membida tender yang dikaitkan dengan kerajaan atau polis.


Previous
Next Post »
loading...